Photobucket
BuyNow2U.com Now Everyone Can Afford
BuyNow2U.com Now Everyone Can Afford
Photobucket Photobucket Photobucket
Photobucket Photobucket Photobucket

Monday, 28 January 2008

Beach Soccer Training

Petang semalam bertempat di Pantai Pasir Tengkorak..
"beach soccer training"
Persediaan untuk berlawan dengan Biotech group next week.



Muka yg tiba awal, aku, shereen, heidi & zilla. Sepatutnya ramai lagi gengs2 pompuan yg sepatutnya datang.. tp macam selalu lah, last2 minit ni..macam2 la alasan depa..

** Heidi yg tak lepas dengan makanan masam nya.. :p



Sementara dok tunggu kenkwn yg lain datang..
layan volleyball dulu.


Kehadiran budak2 lain, Abg Deen, Fiza & family, Pakku, Faizal, Pak Ali & Ya-ya..
We start main beach soccer.. Fuhh!! leh tahan gak main kat beach nii.. penat giler.tak sama cam main futsal kat court.
Main kat pantai..penat jer..apa lagi.. memasing terjun laut laa.. aku?? emm.. tak minat laa..bole kira ngan jari laa..selama dok langkawi ni berapa kali jer aku terjun laut..itu pun sebab keja kat laut.. kalo saja2..tak hingin aku..uhuhuu..
Aksi bergambar beramai2 sebelom balik..
*Faizal,Pak Ali,Abg Deen,Pakku,Ya-ya*
*Aku,Shereen,Fiza,Zilla,Heidi*


Heidi tu pun dah kesejukkan.. hehe..
Sesi gambar lagi sebelom berangkat balik..bergaya di sisi Nissan Latio (sedan).. cun jgk.. :-)
Chowwwwwwww....

Tuesday, 22 January 2008

Futsal 2008

Pembuka 2008 setelah hampir 2 bulan menggantung kasut, akhirnya dengan kata sepakat, maka semalam bermula lah Futsal kembali.
Semangat tau booked court 2 jam lagi.. :-)
1 jam main untuk panaskan badan, manakala 1 jam lagi we all friendly dengan team Amy (tah aku tak tau nama apa team depa tu)

- ViVa ARSENAL -

Me & Reeza


Aksi murai sebelom game bermula..
Layan standard ok!
- Kak Farah, Heidi, Shereen, Shitah-
- Noor, Mai, Marina, Reeza -


Shereen sempat lagi tu posing depan camera..
sedangkan yg lain bertungkus lumus bermain.. hehehe.. :P

Haa..ni acara lepas games..
Makan..makan..makan... :-)
Tempat biasa la.. EE Burger..blasah tak hengat la memasing.
Hampir jam 10.30 pm baru sampai umah.. letih tul.. aku dah sampai muntah2 dah.. Ingat nak turun chime pun dah tak lalu.. fone bunyi pun dah tak berjawab..terus tido tak hengat..

Saturday, 19 January 2008

Program cuti-cuti ku ;-)



Antara xtvt cuti-cuti ku.. Nak melancong pun.. kawan2 lak banyak keje..
Jadikan abiskan masa di sini dengan kenkawan..ronda, lepak sambil wat ketupat.. haha ;-)
ronda2 ni tak sah kalo tak abiskan duit..
emm susah cakap kalo nafsu membeli ni.. pantang tengok apa saja..semua nak.. hehe :P


Tukar selera mata..
Sebelom ni hijau jer bilik aku ni.. kali ni tukar gelap sikit - "crandberry"
Cantik tak? hahaha... :-)

Saturday, 12 January 2008

Busan nyer... :-(

Busan tul keje ari ni.. Hotel pun slow jer .. Occ 65.81% ..
Layan internet pun sampai tak tau per lagi aku nak buat.. :-) Last aku clear kan gambar2 dalam pendrive ku... bagi balik semua gambar2 orang tu.. Emm.. dia nak cakap per pun cakap la kan.. sok2 kalo aku rasa rindu nak tengok aku minta lain.. hehehe.. :P Tapi kat mana2 pun dah banyak gambar dia.. orang dah glamer le katakan.. ;-)

Memandangkan tak busy sekarang ni aku di haruskan ambik cuti..clear cuti yg ada.aku ranking paling tinggi cuti paling banyak.. :P .. heran nih cuti slalu tapi masih banyak ..emm.. budak2 aku dok perli aku, kata aku cuti tapi form tak submit! huh!! pandai lah depa.. :P

Cuti Tahunan 2007 - 20 hari
PH 2007 - 2 hari

Cuti Tahunan 2008 - 24 hari
PH 2008 - 2 hari (January)

Fikir punya fikir tadi aku buka form ambik cuti 2 hari..clearkan publik holiday - hari raya haji & christmas.. Cukup lah 2 ari dulu coz kalo aku tak ubah fikiran aku kan bercuti panjang ujung bulan ni gi KL.. Kebetulan kawan aku nak kawin..Shima pun tak sabar2 dok suh aku pi sana.. Ada plan bagus le tu.. emmm...tunggu yer.. :-)

K lah nak sambung buat keje lak..

Chowwww...

Thursday, 10 January 2008

Salam Maal Hijrah 1429H

SeLaMat MeNyAmBuT
AwAl MuHaRaM 1429HiJrAh
Muharam adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah SAW berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah SAW memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.
Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
SEMOGA KITA SEMUA BEROLEH KEBERKATAN!

Tuesday, 8 January 2008

Makan Besar.. :-)

Semalam bertempat di
"Wonderland Seafood Restaurant"
Jam 8.00 pm.. Kami dengan jayanya merealisasikan impian untuk keluar bersama-sama makan di sini. Rancang dari tahun lepas lagi tapi di sebabkan memasing bz..jadi terpaksa tangguhkan dulu. Sepatutnya ramai lagi tapi..emm biasa laa..last2 minit ni.. macam2 alasan.

Antara yang hadir
Shereen, Heidi, Marina, Reeza, Noor Ratu & Zue
( Aku?? hehehe.. ;-) )
Heidi dengan camera baru nya..(SoNy T50..)
sibok jugak nak ambil gambar makanan..hehehe..

Makanan di depan mata pun masih sempat nak berposing depan camera.
tak penah nak rasa jemu.. :P

Tengok tu.. :-)
Happy semacam je bila nampak makanan.

Tah per lagi yang di firkir oleh Reeza nih..
Makanan tak cukup ke syg? hehe..
Heidi macam tak puas ati jer.. Marina asyik je layan makan..Tak hirau sape dah..
Dah stop makan..kenyang bangat..
Tapi makanan still banyak lagi.. emm.. tadi pulun tak hengat..
Rileks dulu.. :-)
Zue.. tukang perabihkan ikan.. :P
"jenahak masak stim"
- Selesai makan hampir jam 10.00 malam.. -
memasing balik dengan perut penuh kekenyangan..
Lagipun pas tu nanti ada acara lain pulak.. ;-)
Bayaran untuk makan malam ni tak mahal sangat.. RM180 after discount. ok le kan..? :-)
Heidi, Reeza, Noor, Me & Ayu (exstaff spa -Bali)
Acara cucuk bintang dekat Chime.. :P
Aku malas nak pegi sebenarnya ni..tapi dah kene warning awal lagi.. hahaha.. nak tak nak pegi je la tayang muka kejap.. Pas tu jam 1 am aku blah balik.. kih kih kih.. sorang pun tak tau.. ;-)


Monday, 7 January 2008

Hutang..

- Dalam kehidupan sekarang, kita tidak dapat lari dari berhutang, terutamanya apabila membeli barang yang agak mahal harganya seperti rumah, tanah dan kenderaan. Hutang ini umpama lemak dalam badan kita. Dalam keadaan tertentu, ia tidak dapat kita elakkan. Seperti lemak dalam badan, bila hutang sudah menjadi terlampau banyak, ia boleh mendatangkan bahaya kepada seseorang dan pewaris-pewarisnya. Sebab itulah hutang ini perlu diuruskan dengan betul, sama seperti kita menguruskan kandungan lemak dalam badan kita..- more

Hutang??
nape perlu aku persoalkan topik ni? sedangkan aku sendiri pun banyak gak berhutang..selain dari kereta, kad kredit sehinggalah kadang benda yang remeh temeh.. ;-)

Tapi apa yg aku nak katakan kat sini ialah bila masanya orang yang berhutang ni malas nak bayar..susah sangat...emm..apa kes?? Beli itu ini..jalan sana sini..bole pulak..tapi nak settle hutang?? liat yg amat! bukan berkira kalo sekupang dua..tapi kalo melebihi had yang di pinjam..? bagaimana? memang salah orang yang memberi.. tapi rasa tak tergamak pulak untuk tidak memberi..Eh..tapi bukan kes ni yang aku nak persoalkannya.. (kang ada yg terasa aku minta maaf yer)..

Ini kes yang terjadi pada aku.. Sekian lama orang berhutang dengan ku..kini dia menyuarakan untuk membayar nya balik.itu pun di sebabkan dia terasa aku bermasam muka bila setiap kali bertembung muka dengannya.. eh ehh...terasa lak dia.. hahahaa..tapi..tapi..tapi... yang aku heran ni..pesal lak bila bayar pas tu minta kurang bayaran dengan aku?? ni bukan jual barang...tapi bayar hutang!! pelik.. tapi apa aku nak cakap lagi? dah le tahan tengah jalan dengan kwn lak tu..kang aku lebih cakap..malu lak dia.. Lagipun aku malas nak panjang cakap sama..dah la bertahun tunggu.. emm so dari tak dapat apa... trima je lah.. yg di kurang tu..? halalkan?? emm.. yer aku halalkan dunia dan akhirat...

1 lagi kes..aku dengan kawan aku ni..masih tertunggu duit dari budak tu.. tau le ada masalah negara pun.. tp kalo dalam soal permainan..perjanjian..mesti le kene bayar..mau tangguh sampai bila lagii??

adusss... terkene lagi aku.... :-(

Sunday, 6 January 2008

Beli..!! Beli..!! Beli..!! ;-)

Emmm..
(Apa lagi wahai Deqna oii...? membeli sungguh!!)
Hehehe.. :P
Tahun baru mula dengan membeli barangan baru.. ;-)

Canon Digital IXUS 75

Tah tetiba rasa nak pakai camera.. sedangkan fon camera aku pun dah cukup tapi keinginan tu nak beli jugak.. Jadi apa lagi.. beli laaa... :-)

Ni lak..apa yer..? hehehe.. tak yah gitau la yer..

Aku pun tak tau nape aku beli ni sekarang.. tapi memang nak guna la..emm.. sementara duit ada aku beli je la.. :-)

Tuesday, 1 January 2008

"HaPpY nEw YeAr"

"Happy New Year 2008"
Semoga tahun ni segala yang aku lakukan beroleh keberkatan dari Nya.

Orang ramai memenuhi ruang bandar Langkawi untuk menunggu detik jam 12 malam bagi melihat tembakkan bunga api..

Tepat jam 12tgh malam.
Tembakan bunga api dari Dataran Helang.
Gambar tak berapa clear di sebabkan aku yg dok jauh dari dataran.
Shoot dari jauh maa... :-)