Photobucket
BuyNow2U.com Now Everyone Can Afford
BuyNow2U.com Now Everyone Can Afford
Photobucket Photobucket Photobucket
Photobucket Photobucket Photobucket

Friday, 8 February 2008

tengok wayang.. ;-)

Cuti yang tak tahu nak wat apa..jadi ni lah xtvt nya..
2 malam berturut2 aku n the gangs gi tengok wayang.
1st CJ7.
Citer lawak yang menyedihkan..Sorry aku tak pandai nak wat sinopsis cite ni, tapi apa yg aku dapat kata kan.. Best!! tak rugi kalo korang gi tengok..
memang layann abis.. aku nyaris2 nak nangis tapi control beb! hehehe.. ;-)
2nd Dunia Baru the Movie.
Haa.. ni filem melayu..arahan Latiff Zami.. Sinopsis tgk sini.
Cite komedi budak sekolah..sama macam kat TV3 setiap Isnin jam 9.00 mlm.
Best jugak laa...lawak gila2..tak la boring sangat..
Aku suka cite ni pun sebab Opie - lakonan ELyana..
slumber je orangnya.. :-)
------------------ ******------------------
Aksi2 nakal kenkawan.. sementara menunggu waktu menonton.
macam2 peel memasing bergambar.. hehehe..
- Shereen, Faizal & Pak Ali -



- Langkawi Cineplex -

Wednesday, 6 February 2008

Futsal & Bowling

Futsal lagi.. :-)
Tak penah nak cukup players..
so terpaksa mixs dengan budak2 laki jugak.
Pas games macam biasa, lepak makan kat 'EE Burger'.




Ni last minit punya plan..'main bowling'.. :-)

Tuesday, 5 February 2008

GeraM..!!

Emm..tetiba pagi ni aku rasa nak belasah je kat blog ni.. biar lah nampak cacat ke apa blog ni aku tak kisah.Asalkan aku dapat lepaskan segala2 nya kat sini.

Apa yg buat aku geram sangat??
Napa aku mesti geram??
Siapa dia??

Huh!!
Dia kawan, teman dan seangkatan dengannya..Yg dulunya aku rasa paling rapat dengannya..bersama,berkongsi citer suka duka dan sebagainya..Tapi akhirnya..tak sangka dan memang tak di duga begini jadinya..

Dia yang dulu ku hormati, ku sayangi..(sayang??) Dia yg pernah menangis menyesali akan perbuatannya..dia yg berjanji tak kan ada yg lain selain yg ada di sisi dan akan sentiasa menjaga persahabatan ni dengan sebaiknya..tapi dia..still buat benda yg sama..betul apa yg aku rasa selama ni..memang dia tak berubah dan aku rasa sama sekali tak pernah berubah..malah aku rasa makin menjadi2 perangainya.. biar pun aku tak nampak sendiri tp di sebaliknya...??
Huh!!
Tak cukup kah lagi apa yang telah dia ada sekarang ni? Nape mesti nak sakiti org di cc mahupun aku di cni?? Atau dia lakukan hanya untuk sakiti aku di cni yg melihat nya??? Atau sememangnya dia memang beperangai macam tu..
Nampak baik tapi sebaliknya...........................??

tah laah..
aku malas nak ckp per lagi..ikutkan byk persoalan di fikiran ni.. tapi tak mau kang ada yg terasa lak bila baca..
Untuk kawan aku tu..emm kalo tak nak fikirkan benda remeh temeh ni pun..tak kisah lah..tapi fikirlah org yang di sekeliling yg sentiasa memandang memerhati dan yg mengambil berat tu..sikit sebanyak takkan x der rasa di hati akan kekesalan kenkawan terhadap diri tu?

Pa per aku sebagai seorang kawan, teman (masih teman?) sentiasa berdoa akan kebahagiaan dia..

K lah nak balik..rasa tak semangat dah ari ni nak teruskan keje..
kepala dah weng..weng .. weng.... ;-)

Monday, 4 February 2008

Recreation Dept. Dinner


Recreation Dept. Dinner
di Bamboo Beach Restaurant.

Aku yang baru balik keje..
penat pun tak abis lagi terus ke sana.
Rupanya tak mula majlis lagi..
Masih menuggu lagi.. Yang pastinya semua hadir kecuali Manja, Abg Zul, Mat Not & Kak Tie (cuti bersalin)
Yang lain tu ada masalah yg tak dapat di elakkan.


Makan time.. :-)
Selera tul memasing.. aku jer berapa kali tambah nasi..
Standard la..ada vegetarian tambahan..wakakaa.. ;-)

Celebrate birthday
untuk semua Recreation staff.
last year punya birthday daaa... :-)

Emm..dah kenyang..
sesi bersembang, bermesra.. hehehe..
Recreation staff wit Boss & training staff
Sebelom bersurai, bergambar dulu sebagai kenangan bersama.

Last singgah lepak dekat airport corner lak..minum2 lagi.
Ada yg dah mengantok tapi terpaksa tahan juga mata tu.. almaklum je la..ada yang menumpang kete.Jadi driver tak balik, tak kan nak balik jalan kaki lak kan.. hehehe.. Hampir jam 1 am bersurai..
- Chowww -

Sunday, 3 February 2008

Blog aku..

Huh!!
Letih tul tukar2 template ni kan..banyak benda nak kene updates baru.. dah 2 hari dah pas aku balik bercuti dok pulun buat ni..sampai keje pun tah kemana..main2 sungguh..hehehe..
Nak tak tukar pun..sebab ramai lak aku tengok sama cam aku..uhuhu..mentang2 le free.. hehehe..

K lah nak balik dah..Recreation team wat dinner lak malam ni..Ikutkan malas aku nak gi.. tp fone ni dok asyik bunyi je..nak pastikan aku turun jugak.siap budak2 tu buat ugutan lagi kalo aku tak turun.. macam le aku ni penting sangat.. Toya! hahaha.. :P

Chowww..

Saturday, 2 February 2008

Beach Soccer vs Beach Volleyball

Sheraton Langkawi Beach Resort
vs
Malaysian Biotech Corp.
(1/02/08 - Beachfront)
Family Day diorang kat sini..jadi kami di invite untuk memeriahkan xtvt diorang ni..

# Recreation team wit new jersey
# Shereen, me & Faizal
# Aksi gengs murai SLBR.. :-)
# sedang asyik layan gossip panass..

Beach Volleyball


Beach Soccer
sepatutnya kami berlawan dengan gengs pompuan dari Biotech group, tapi diorang kekurangan perempuan lak sebab ada yg kene menjaga anak2 lak sementara bapak2 main. Jadi kami join dengan gengs lelaki..
huhuu ganazzz.. ;-)


Salah satu acara gengs lelaki, main bola dengan kain batik.
Funs! :-)

Penghargaan dari Biotech group untuk semua SLBR players.
Mekasih yer.. :-)

Emm..
Sesi bergambar sebelom berangkat pulang.. tak jemu2 nak bergambar..ada jer nak pose... :P