Photobucket
BuyNow2U.com Now Everyone Can Afford
BuyNow2U.com Now Everyone Can Afford
Photobucket Photobucket Photobucket
Photobucket Photobucket Photobucket

Tuesday, 30 September 2008

SmS rAya .. :-)

Esok 1hb September 2008 bersamaan 1 Syawal 1249 H
kita semua bakal menyambut hari yang mulia
Hari Raya AidilFitri..
Dalam 2..3 hari ni mula lah telefon berdering2 bunyi.. Busy je jadinya sampai tak sempat kadang tu aku nak membalas..hehe..pesanan ringkas (sms) masuk..kebanyakkannya ucapan Hari Raya dari kawan2.. Almaklum ler sok dah nak raya..aku kat tempat keje lagi..uhuuu..
Antaranya..
Shimah
Sebening air wudhu,
Sesuci Al Qur'an,
Semerdu Alunan zikir,
Seindah solat 5 waktu,
Setenang hati yang tiada rasa benci, dendam,
Jika tangan ku x sempat berjabat,
jika muka ku x sempat bertatap,
Buka lah pintu maaf untuk ku..
Selamat Hari Raya Aidifitri
Aliff
Jambangan indah lagi berseri
Menjadi hiasan di Aidilfitri
SMS di kirim pengganti diri
Tanda ingatan tak layu di hati..
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir & Batin..
** zz : Happy Birthday to You.. Aliff..**
Islias
Bile raya line bz gila,
Masa tu maki pun x guna,
Maxis, celcom, digi semuanya sama,
Orang bijak x yah tunggu raya,
Ucap sekarang pun bole apa..!
SELAMAT HARI RAYA!
hehe..raye datang umah yer..!!
** zz : InsyaAllah bro..kalo ada masakan lebih kami sampai.. ;-) **
Ainn Training / Mail (msj sama :P)
Rumah di hias bagai Istana
Buat persiapan di hari Raya
Jari Ku susun
Maaf ku pinta,
Sms
ku hantar pengganti Kad raya
"SeLamat HaRi RaYa"
MaaF Zahir & Batin
Emma / Intan / Kak Dilla & Family
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
Dalam gurau senda ada silap dan dosa,
Andaikata ada terkasar bahasa, tersilap kata
sepanjang perjalanan hidup kita,
maaf jua di pinta..
Salam Aidil Fitri Minal Aidil Wal Faizin
Kullu 'amen wa antum bi khair..
Amirul Fitri & Family
Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema menggegar jiwa
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun di pinta dihari mulia
Maaf Zahir Batin..
Riezal & Family
SEPI x bermakna LUPA,
DIAM x beerti tiada BICARA,
namun sebaliknya INGATAN tetap ada walaupun
dari kejauhan..
Selamat Hari Raya AidilFitri
Maaf Zahir Batin
Ni lah sebahagian dari sms2 raya yang aku terima.. banyak lagi tapi tak larat lah nak update sini..hehe.. buat yang lain jugak.. (Abg Mat, Man & wife, Ira, Abg Nazri, Kak Shitah, Abg Jitt & Family dan yang lain2 yg x sempat nak ucap..) Terima kasih atas ingatan kalian..
" SeLaMaT hArI rAyA''
- MaAf ZaHiR & bAtIn -

No comments: